Kau bukan sedang bercinta,
kau sedang dalam kesunyian
dan hanya mahu ada teman.
Kemudian kau kata lelah,
penat
hanya bila kau luka.
SEDIH
Maka tersimpul bait,
tiada lafaz dijerit
dalam hidup penuh jenuh perit.
Aku duduk berdiri di dunia sempit.
Terhimpit.
BERBELIT
Kau hanya akan tahu itu kesenangan dunia;
bila kau lupa pahala dosa
ada sentiasa bersama.
Akhirat kau leka.
ALPA
Serakah berkah,
ratah sedekah.
Walau susah,
perit payah;
halal dimamah!
REZEKI
- Sudir Amiruddin
#PenulisButa
No comments:
Post a Comment