Sejujurnya aku tak mampu menutupi rasa kecewa dan luka hatiku. Kerana aku masih menaruh asa dan cinta padamu. Tapi ketentuan-NYA sudah berlaku, aku tidak boleh ego. Bila saat ini kau memilih yang lain, aku harus ikhlas. Ini adalah yang terbaik dari-NYA untuk kita berdua mungkin juga tiga atau juga semua orang.
Sejarah telah terukir, kebersamaan kita tak mungkin digoreskan, cinta sudah terjalin, sayangpun telah mengalir, mengakar dalam lubuk hati. Semua ini akan kusimpan, disimpan tidak bererti dilupakan tetapi tersimpan sebagai sebuah kenangan. Kenangan untuk menata diri agar jadi lebih baik lagi.
Aku harus berlapang dada menerima kenyataan. Ini adalah jawapan atas pinta dan doa-doaku pada-NYA. Bagiku kebahagiaanmu dengan pilihan itulah yang utama. Semoga pahlawan itu mampu menjaga serta melindungi bidadarinya dan saling melengkapi. Terimalah dia dengan segenap cinta kasihmu, jangan sakiti hatinya dan jangan pernah mencuranginya. Jangan melihat kekurangannya kerana manusia tidak ada yang sempurna.
Jangan pernah ingat kisah lalunya sedikit, kerana akan terkesan kepada masa depan. Jika ingin, ingatlah masa lalu itu sebanyak mungkin, agar itu jadi masa depan. Tiada terluka, tiada yang menangis. Perjalanan dunia banyak likunya.