Kita di sini menangis kecewa ditinggal kekasih,
Mereka di sana menangis sedih kehilangan kekasih.
Luka kita kerana alpa dunia,
Luka mereka kerana rakusnya dunia.
Aku tidur lena atas empuknya tilam,
Mereka baring atas kerasnya tanah, tidak tidur!
Sini, tidak makan dan minum kerana puasa .
Sana, makan dan minum tidak dijamah, nyawa melayang!
Aku nampak derita itu,
Aku dengar rintihan itu,
Tapi, aku tidak di sana, KENAPA?
Mereka perlukan kita,
Tidak perlu ke sana,
Mereka larang kita mati.
DOA kita senjata mereka.
Mati mereka tidak sia-sia,
Hidup kita juga mesti berguna.
No comments:
Post a Comment